Rusa beku
Sunday, 15 May 2016
Sunday, 8 May 2016
Resepi
Gulai Lemak Cili Api Daging & Kentang
Bahan-bahan:
1 kilo daging lembu ( saya guna daging rusa)
11/2 biji kelapa parut
20 ulas cili api hijau & merah
2 sm kunyit hidup
4 batang serai
6 biji kentang
2 keping asam
2 st garam kasar
Langkah-langkah membuat:
1. Bersihkan daging dan potong lebar dan nipis. Basuh dan toskan.
2. Tumbuk kunyit hidup sampai hancur dan bubuh cili sedikit2 dan tumbuk hingga lumat.
3. Perah kelapa dengan air sedikit2 sehingga mencukupi menutup daging dalam periuk.
4. Titik serai dan masukkan ke dalam periuk bersama cili tumbuk tadi.
5. Letakkan di atas dapur, besarkan api hingga gulai mula menggelegak. Kacau sekejap.
6. Perlahankan api. Biarkan gulai merenih perlahan. Jangan kacau. Biarkan 8 minit.
7. Masukkan kentang yang telah dibelah 4 dan masak hingga empuk.
8. Masukkan garam dan asam akhir sekali. Masakkan sekejap dan rasa garam asamnya.
9. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Dan selamat mencuba resepi ini
Sunday, 10 April 2016
Asalamualaikum dan selamat sejahtera
ingin mengenali daging rusa beku anda .
pilih kami sebagai penjual daging rusa beku anda .
- yakin bahawa pembekal saya adalah daripada penyembelihannya yang halal .
- timbangan yang cukup dari apa yang pelanggan kami jangkakan .
- jika pelanggan kami tidak berpuas hati boleh beritahu kami .
- kami sentiasa mengutamakan pelanggan kami .
Nantikan post saya yang seterusnya......
Subscribe to:
Posts (Atom)